Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

-Misteri Mona Fendi-








Nama Sebenar Mona Fendi ialah Maznah Ismail.Beliau menjadi tumpuan pada tahun 90an dahulu adalah kerana kes pembunuhan berprofil tinggi yang beliau lakukan.Beliau yang berasal daripada Perlis,mencetuskan kontroversi dengan kes pembunuhan kejam yang beliau lakukan ke atas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang..Datuk Mazlan Idris.Turut terlibat sama dalam pembunuhan ialah suami beliau sendiri,Mohd Affandi Abdul Rahman dan juga pembantu mereka,Juraimi Hussin.Lebih kejam lagi,mayat mangsa yang dibunuh dikerat-kerat tujuh,ditanam dan disimen!!!...Adakah anda sebagai seorang manusia yang mempunyai akal sanggup melakukan kerja sekutuk itu???...Ini adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dengan akal!!!...Bagaimana seorang penyanyi boleh membuat pembunuhan begitu???...Mona Fendi juga adalah seorang bomoh(pengamal ilmu hitam)...dan itu adalah mungkin salah satu penyebabnya.Mona Fendi pernah muncul di rancangan Muzik Muzik di TV3 suatu ketika dahulu dan pernah mengeluarkan album yang bertajuk Diana 1.Beliau,suami beliau dan pembantu mereka dihukum gantung sampai mati pada Jumaat 2 November 2001 pada pukul 6.00 hingga 6.30 pagi.Jenazah beliau dan suami dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan,Kajang.Menurut sesetengah orang yang menyaksikan detik-detik beliau sebelum digantung mati..kata-kata gerun beliau yang terpacul keluar dari mulut beliau yang masih terngiang-ngiang di telinga ialah...'AKU TAKKAN MATI!!!'

Friday, June 25, 2010

-Bat For Lashes-










Kehadiran seorang penyanyi British..yang mempunyai nama pentas sebagai BAT FOR LASHES..di pentas muzik & nyanyian membuatkan ramai yang terpukau dengan suara unik gemersik beliau & juga muzik-muzik alternatif beliau.Saya sendiri suka akan salah satu lagu beliau yang baru dikeluarkan melalui satu album baru-baru ini pada tahun 2009..'Two Suns' iaitu yang bertajuk..'DANIEL'.Dilahirkan pada 25 October 1979...dan memilih genre muzik Dream Pop,Folktronica,Indie Pop dan Worlbeat..beliau muncul dgn album pertama yg berjudul Fur And Gold.Sebagai seorang penyanyi British yang berbakat,beliau juga mahir bermain alat muzik seperti Piano,Guitar,Harpsichord dan Autoharp.Nama sebenar beliau ialah Natasha Khan.Lagi satu keunikan beliau ialah mempunyai rupa yang seiras-iras penyanyi dari British juga iaitu..Lily Allen.Kalau tidak percaya..cuba lihat gambar-gambar yg ada di atas....